Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Selamat tahun baru 1 Muharram 1433 Hijriyah



Alhamdulillah.
Memasuki tahun baru Islam, 1 Muharram 1433 H, menjadi momentum bagi kita semua umat Islam untuk melakukan interospeksi secara kolektif, guna melakukan perubahan dari keadaan yang kurang baik menjadi lebih baik sebagai revitalisasi hijrah. Meningkatkan spritualitas dan kesadaran keagamaan menjadi keniscayaan umat Islam Indonesia, terutama ketika bangsa ini dihadapkan dengan berbagai musibah yang sepatutnya direnungkan sebagai momentum menguji kualitas keimanan dan keberislamannya dan patut direnungi untuk diambil hikmahnya. Dengan perbanyak amal sholeh, sholawat dan berdzikir kita memohon ampunanNYA atas segala salah dan dosa kita di masa yang telah lalu.  Kita bersyukur dan tetapoptimis meraih harapan-harapan kita untuk tahun ke depannya menjadi manusia yang lebih baik lagi.

Dengan datangnya tahun baru 1433 H. 

Mari kita tata kembali maksud dan tujuan kita. 

Mari kita benahi yang kurang baik.

Mari kita kejar dengan penuh semangat apa yang sedang kita kejar.

Tingkatkan semangat.

Tingkatkan perbuatan baik, untuk diri sendiri dan orang banyak.

Tingkatkan ketakwaan kita kepada tuhan yang Maha Esa dan Maha Kuasa.




Bacaan Doa Akhir tahun Hijriah

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.


Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya.


Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya.


Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu.


Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah.


Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka .


Amin ya Rabbal Alamin...



Bacaan Doa Awal tahun 1433 Hijriah ,  


Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.


Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.


Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.


Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


Amin ya rabbal alamin.....


SELAMAT TAHUN BARU  1 MUHARRAM 1433 HIJRIYAH.



2 comments for "Selamat tahun baru 1 Muharram 1433 Hijriyah"

flamboyan_net November 26, 2011 2:37 PM Delete Comment
SELAMAT TAHUN BARU 1 MUHARRAM 1433 HIJRIYAH.

SEMOGA TAMBAH IMAN..... amin......
UNUZZ MEZZI November 26, 2011 2:41 PM Delete Comment
MET TAHUN BARU SOBAT RC......